THOMAS LEE (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Globalone, John Eu (kiri) dan Pengurus Besar OCM, Fong Han Hor menunjukkan trofi Tan Sri Alex Lee selepas majlis pelancaran Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee di Subang, semalam.

Sehubungan itu, OCM menjemput semua rakan-rakan mendiang Alex Lee, syarikat-syarikat dan mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan golf amal tersebut sambil menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan atlet dan bekas atlet menyambung pengajian.

Menurut Pengerusi Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee, Datuk Thomas Lee, tabung tersebut membantu menyediakan biasiswa kepada atlet dan bekas atlet kebangsaan yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, setakat ini, Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee telah membantu seramai 53 atlet dan 12 daripadanya kini berada di peringkat pengajian dalam pelbagai bidang di universiti-universiti tempatan dan juga luar negara.

“Mereka ialah Lee Jo Rynn, Ng Shi Yeng, Tia Chia Qian (bola keranjang); Wong Tzer Chyuan (pedang), Wong De-Vin (luncur ais), S. Puvendren (squash).

Kelie Kan Kah Yan (golf), V.R Harvindran (kriket), Cheong Ju Hoon (terjun), Chiew Chern Kwang (polo air), Lim Yin Fun dan Lee Zii Yii (badminton).

“Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai ingatan kepada mendiang Alex Lee yang banyak berjasa dalam bidang sukan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan golf amal Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee boleh menghubungi urus setia kejohanan di talian +603-27152801 atau emel [email protected], atau hubungi Paudzai Ishak (+6016-2964124); Fong Wan Hor (+6012-6668822) dan Stephanie Rajagopal (+6010-2144064).