Kejohanan edisi 2019 akan berlangsung di Kelab Golf Titiwangsa Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 21 April ini melibatkan dua sesi iaitu sebelah pagi dan petang.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola kejohanan amal berkenaan, Datuk Freddie Fernandez berharap sambutan luar biasa dapat diraih daripada orang ramai bagi menjayakan niat murni berkenaan.

“Kami amat bangga dan bersyukur kerana diberi peluang oleh rakan-rakan dari Kelab Golf Titiwangsa PDRM menganjurkan kejohanan ini.

“Saya juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan daripada semua pihak termasuk ahli kami sendiri dalam usaha membantu mereka yang tidak bernasib baik,” kata Freddie dalam sidang akhbar di sini semalam.

Yang turut hadir wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Wan Hamzah Wan Kadir; Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Rahim Jailani; rakan artis, Raisuddin Hamzah; wakil-wakil Kelab Golf Titiwangsa (KGT), Datuk Abdullah dan Ramdan Amat.

Dalam masa sama Freddie turut mempelawa syarikat korporat serta individu untuk mengambil bahagian menjadi penaja bagi satu meja makan dengan bayaran minimum RM5,000.

Setiap tajaan berkenaan melayakkan mereka memperoleh satu flight bermain golf ketika hari kejohanan.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan amal berkenaan boleh mendaftarkan diri dengan harga RM180 seorang untuk bukan ahli kelab manakala RM150 bagi ahli.

Tempat terhad kepada 100 orang sahaja dan pendaftaran telah dibuka sekarang dengan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Imm di talian 012-2962614 atau Ahmad, 014-7176276 dan e-mel [email protected]. - UTUSAN ONLINE