Selepas kekalahan tersebut, pilihan ketiga, Federer turut memaklumkan bahawa dia akan beraksi pada terbuka Perancis buat kali pertama tahun ini sejak 2015.

Juara 20 kali Grand Slam itu dikejutkan oleh pemain berusia 17 tahun lebih muda daripadanya menerusi kekalahan 7-6 (13/11), 6-7 (3/7), 5-7, 6-7 (5/7).

Namun juara bertahan, Federer menolak cadangan bahawa kekalahannya itu sebagai permulaan berakhirnya era dominasi perseorangan lelaki yang telah berlanjutan begitu lama.

“Saya telah mendengar cerita itu sejak 10 tahun lalu. Sebenarnya tiada yang baru mengenainya,” ujarnya.

Untuk membuktikan kenyataannya itu bahawa pemain berusia 37 tahun tersebut masih dahagakan kemenangan, Federer malah merancang untuk sekali lagi beraksi di atas gelanggang tanah liat pada tahun ini buat kali pertama sejak 2015.

“Ia merupakan satu keinginan. Saya berada dalam fasa di mana saya mahu berseronok dan saya begitu merindui untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita.- AFP