Lebih manis, satu lagi pasangan negara, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri turut berjaya menggondol pingat gangsa dari acara yang sama.

Setelah lima pusingan terjunan, Pendelela dan Jun Hoong berjaya mengumpul 328.08 mata, manakala Mun Yee dan Dhabitah pula berjaya meraih 308.16 mata.

Pingat perak milik pasangan Kanada, Meaghan Benfeito dan Caeli McKay yang berjaya mengumpul 312.12. - UTUSAN ONLINE