Pilihan kedua dari Jerman, Alexander Zverev melangkah ke peringkat suku akhir dalam kejohanan utama buat pertama kali akan bertemu Dominic Thiem.

Pemain No. 2 dunia wanita, Caroline Wozniacki terpaksa pulang awal apabila kalah kepada wakil Rusia, Daria Kasatkina 7(7)-6(5),6-3 dalam pusingan keempat kejohanan. - AFP