Pemain No. 1 dunia itu menyajikan satu persembahan menarik di Rod Laver Arena selepas kali terakhir menjejakkan kaki ke pentas akhir pada 2016.

“Ini merupakan salah satu perlawanan terbaik yang pernah saya ada dalam gelanggang ini. Itu sudah pasti. Anda tahu, semua berjalan dengan lancar seperti yang saya bayangkan sebelum perlawanan.

“Sukar bagi Lucas, namun, dia melalui perlawanan yang hebat. Saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya untuk mengharungi musim ini,” kata Djokovic yang mencatat 24 kemenangan dan hanya lima kesilapan sendiri.

Djokovic bakal berdepan pilihan kedua, Nadal buat kali ke-53 dan yang kelapan dalam perlawanan akhir Grand Slam.– REUTERS