Program komuniti itu adalah anjuran bersama pelbagai pihak iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK);

Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK); Pusat Perubatan An-Nisa’ dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI).

Turut terlibat adalah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan; UTC Kelantan;Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II);Ar -Rahn; KEMAHANGcare dan Lions Club Kota Bharu.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua pengunjung sepanjang program berlangsung.

Selain menderma darah, orang ramai juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti barangan elektrik; baucer Kelantan River Cruise; kelengkapan rumah dan hamper.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan urusan pendaftaran awal boleh menghubungi talian 09- 7414142 (PKINK) dan 09- 7414447 ( Pusat Perubatan An-Nisa’) atau 'whatsapp' ke nombor 01116011484. - UTUSAN ONLINE