Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dari penari balet jadi ratu renang berirama

AKSI memukau dipamerkan Gan Hua Wei ketika beraksi dalam disiplin solo di Pusat Akuatik Nasional di
AKSI memukau dipamerkan Gan Hua Wei ketika beraksi dalam disiplin solo di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/ FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Perenang muda berirama negara Gan Hua Wei melakukan apa yang tidak berjaya dicapai oleh seniornya Zaylane Lee Yhing Huey apabila melakukan kejutan untuk meraih pingat emas rutin solo teknikal di Pusat Akuatik Nasional, hari ini mengetepikan peserta pilihan Debbie Soh Li Fei.

Malaysia terlepas pingat emas pertama akuatik apabila Zaylane, yang menjadi pertaruhan terbaik, tewas hanya 0.30 mata kepada Debbie dalam rutin bebas solo pada sebelah pagi hari ini tetapi Hua Wei yang tidak diberi harapan besar membalas kekecewaan rakan sepasukannya dengan menewaskan perenang Singapura itu.

Walaupun membuat penampilan pertamanya dalam acara solo, sebagai menggantikan Katrina Ann Abdul Hadi yang bersara, namun perenang berusia 18 tahun itu langsung tidak mempamerkan kegugupan, malah melakukan aksi yang penuh bertenaga untuk mengumpulkan 73.8386 mata, mengatasi Debbie (73.8253) dan gangsa menjadi milik seorang lagi perenang Singapura, Miya Yong Hsing (72.3769).

Memilih lagu bertajuk Torn hasil gubahan Nathan Lanier daripada filem High Strung, perenang kelahiran Negeri Sembilan itu mempamerkan aksi memukau dan pergerakan yang mantap daripada awal hingga akhir.

Hua Wei yang meraih dua pingat perak menerusi acara teknikal berpasukan dan berpasukan bebas dalam temasya dua tahun lalu berkata, dia amat gembira kerana hasrat untuk meraih pingat emas di laman sendiri berjaya direalisasikan.

“Saya telah berlatih selama setahun untuk rutin ini. Saya harap pingat emas ini dapat mengubat kekecewaan senior saya Zaylane.

Hua Wei yang mempunyai pengalaman sebagai penari balet selama dua tahun, berkeyakinan tinggi bahawa dia dan Zaylane mampu mempertahankan emas yang dimenangi di Singapura apabila bersaing dalam rutin duet teknikal esok.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain