agilan-tempur

Foto – ONE Championship

Dengan gelaran Agilan ‘Alligator’ Thani akan menentang pakar judo dari Jepun Yoshihiro ‘Sexyama’ Akiyama pada 15 Jun di Arena Baoshan, Shanghai, China.

Semalam Agilan ketika ditemui menceritakan bagaimana dia telah membuat persiapan rapi untuk memastikan kejayaan berpihak kepadanya walaupun menyedari lawannya bukan calang-calang kemahirannya terutama tumbukan tangan kiri yang padu serta kemahiran judo yang tinggi.

Bagi Agilan beliau perlu melupakan tiga kekalahan berturut-turut yang dialami sebelum ini dan perlu bangkit dengan penuh keyakinan untuk memasuki gelanggang One: Legendary Quest kelak.

Agilan juga turut mengesahkan dia kini bebas daripada sebarang kecederaan setelah melakukan pembedahan tulang belakang.

“Saya semakin kuat dan pertembungan dengan Akiyama akan menambah pengalaman dan kemahiran saya,” katanya.

agilan-training

Foto – ONE Championship

Siapa sangka, ketika berumur 16 tahun, Agilan Thani adalah seorang remaja yang ‘loser’ dan tidak meletakkan apa-apa harapan pada dirinya. Beliau mengalami masalah obesiti sehingga berat badannya pernah mencecah 140 kg dan selalu dibuli oleh remaja lain seusianya. Membesar di kawasan kejiranan Sentul yang dikelilingi masalah sosial semua orang di situ mengenalinya sebagai budak gemuk yang ditinggalkan oleh ibunya.

Sehinggalah pada suatu hari beliau menonton sebuah filem dari China bertajuk Sha Po Lang yang dilakonkan oleh Donnie Yen (Ip Man), beliau mula menanam cita-cita untuk menjadi fighter.

Dia mula meniru aksi kungfu seperti dilakon oleh Donnie Yen dan akhirnya menceburi diri dalam seni mempertahankan diri dan kini remaja itu telah berusia 24 tahun tidak lagi mahu menoleh belakang sebaliknya mahu terus melakarkan kejayaan dalam bidang diceburinya.

Beliau menyertai kelas Brazilian Jiu Jitsu di Petaling Jaya dan berjaya menghilangkan 10 kg dalam masa tiga bulan. Pencapaian itu telah memotivasikan dirinya untuk mencuba menurunkan berat badan.

agilan-gemuk

Foto – ONE Championship

Ketika berusia 18 tahun, beliau mendapat pekerjaan sebagai cleaner di sebuah gym Monarchy MMA di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Beliau dibayar gaji sebanyak RM1,000 sebulan dan bebas untuk menyertai semua kelas latihan yang diadakan secara percuma.

Gym yang terletak agak tersorok di sebuah pusat membeli-belah itu kekal sehingga ke hari ini menjadi medan latihannya.

Sejak itu beliau telah bertambah minat di dalam MMA dan mula menyertai kelas latihan yang mengajar teknik-teknik pertarungan di dalam MMA.

Agilan mula berlatih Muay Thai, Brazilian Jiu Jitsu, tinju dan mengamalkan diet yang sihat hingga berjaya mengekalkan berat badang sekita 77kg ke 84 kg.

Sejak itu dia menjadi gym sebagai rumahnya dan tidur hanya beralaskan tikar latihan gym yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.

Latar belakangnya menjadikan Agilan sentiasa merendah diri walaupun dia kini salah seorang ahli MMA yang disegani di Malaysia.

Selain bersaing dalam pelbagai kejohanan yang dianjurkan oleh One Championship, sebuah kejohanan MMA di Singapura, Agilan juga pernah ke Amerika Syarikat, Thailand dan Vietnam untuk berlatih dan mempelbagaikan lagi teknik MMA. Rekodnya ketika ini adalah tujuh kemenangan, satu kalah, dengan tiga TKO dan empat submission.

agilan kalah

Foto – Rough.asia

Bagaimanapun, pada 26 May lalu, beliau telah tewas di tangan Ben Askren, pemegang tali pinggang kejuaraan One Welterweight Championship. Pertarungan itu disifatkan sebagai antara yang terbesar dalam kariernya yang dilangsungkan di Singapore Indoor Stadium. Ben yang berusia 32 tahun ternyata lebih berpengalaman dalam mengendalikan The Alligator. Beliau tewas dengan submission pusingan pertama dalam masa 2:20 minit.

Pertarungan itu dianggap sengit oleh Ben yang masih tidak tewas dalam 16 pertarungan.

Agilan sangat sayang dan menghormati bapanya. Dia hanya ada bapa ketika membesar, banyak benda yang beliau telah ajar kepadanya, beliau sentiasa ada di samping saya ketika saya susah dan senang. Bapanya mengajar untuk menghormati orang dan sentiasa merendah diri.

Agilan dibesarkan oleh bapanya seorang diri selepas ibunya meninggalkan mereka ketika usia Agilan satu tahun. Bapanya bekerja sebagai pengurus di sebuah restoran dan tinggal di sebuah flat di Bandar Baru Sentul.

Ketika menyatakan hasratnya untuk menyertai MMA, bapanya sangat bimbang tentang itu.

Bapanya risau ketika dia memberitahunya tentang hasrat untuk menyertai MMA, beliau mahu Agilan menyambung pelajaran di dalam jurusan komputer. Tetapi selepas kemenangan pertama, bapanya mula datang dan memberikan sokongan.

Agilan berkata kalau dulu filem Donnie Yen yang memberikan inspirasi di dalam MMA, tetapi kini kasih sayang dan sokongan bapanya yang mendorong beliau untuk menjadi yang terbaik.