Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yakult terus sokong TRW

Hiroshi Hamada (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis Rumah Terbuka Ai
Hiroshi Hamada (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yakult di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU 16 Julai. - Pengeluar minuman susu kultur probiotik, Yakult (M) Sdn. Bhd. (Yakult) akan terus memberikan sokongan kepada The Red Warriors (TRW) walaupun pasukan itu sedang berdepan kemerosotan prestasi ketika ini.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, pihaknya tetap menaruh keyakinan Kelantan akan kembali bangkit dalam perlawanan selepas ini.

“Sebagai salah satu penaja Kelantan, kami akan terus melaksanakan komitmen dengan membantu pasukan pada apa jua situasi.

“Kami tidak akan mudah mengalah dan sokongan akan terus diberikan kepada pasukan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Yakult bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

⁠⁠⁠⁠

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain