Bintang antarabangsa Brazil itu, sebelum ini dikatakan akan mengikut jejak langkah Eden Hazard, dengan Barcelona dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu.

Bagaimanapun, pemain itu kini bersetuju dengan perjanjian baharu dan menyaksikan dia kekal di barat London.

Dengan kebarangkalian Chelsea bakal berdepan hukuman penggantungan dalam pasaran perpindahan, pengurusan kelab terpaksa melanggar polisi mereka yang sebelum ini hanya akan menawarkan kontrak selama setahun kepada pemain yang berusia 30 tahun ke atas, tetapi Blues telahpun menawarkan penyambungan kontrak selama dua tahun kepada David Luiz.

Kini Willian pula dijangka menerima tawaran serupa, menurut laporan media Britain, The Sun.

Blues berisiko kehilangan khidmat Willian secara percuma pada penghujung musim depan, dengan Barcelona bersedia untuk melancarkan bidaan bernilai 30 juta pound (RM157 juta) dalam usaha untuk mendapatkan pemain tersebut, musim panas ini, tetapi Chelsea nampaknya mahu bintang mereka itu kekal bersama kelab. – AGENSI