Mbappe berusia 18 tahun dikatakan menerima tawaran yang sangat lumayan dan bakal mencatat rekod dunia pembelian pemain oleh kelab Real Madrid dan Paris Saint-Germain, selain Manchester United yang turut bersaing mendapat pemain berkenaan.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, beliau sentiasa berminat dengan bakat muda.

"Dia adalah pemain yang mempunyai keazaman yang kuat untuk menentukan masa depannya. Tidak banyak pemain yang bernasib naik seperti dia,” kata Wenger semasa jelajah di Sydney.

"Dia baru berusia 18 tahun, seluruh Eropah membentang karpet merah untuknya.

“Saya percaya tidak ada siapa yang tidak berminat dengan pemain yang mempunyai kualiti sedemikian pada usia 18 tahun,” katanya lagi.

Wenger turut menyatakan berminat untuk memborong rakan sepasukan Mbappe, Thomas Lemar untuk bertindak sebagai penyerang yang digandingkan dengan Lacazette. - AFP