Penyerang England yang menjaringkan dua gol ketika membantu Three Lions menewaskan Kosovo 5-3 semalam, meninggalkan Manchester City pada 2017 walaupun ditawar bayaran 35,000 pound (RM180,000) seminggu untuk terus kekal.

Sebaliknya dia memilih untuk berpindah ke Borussia Dortmund dan corak permainannya semakin meningkat sepanjang berada di Jerman.

Ketika dia berusia 19 tahun, Wenger memberitahu Sancho berada dalam radarnya untuk dibawa ke Emirates.

"Saya mahu mengambilnya dari City ketika dia tidak diberi peluang untuk beraksi.

"Saya cuba menarik perhatiannya sebab dia dari London. Dia salah seorang pemain terbaik untuk generasinya. Dia boleh menggelecek dan besar kepala.

"Ada sesuatu yang terdapat dalam kalangan pemain ternama. Anda boleh namakannya besar kepala, berkeyakinan," katanya.

Sancho bukan pemain pertama yang Wenger pernah dedahkan dia mahu bawa ke Arsenal.

Sebelum ini dia pernah berbincang untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Kylian Mbappe dan baru-baru ini dia memberitahu dia berminat mendapatkan Lionel Messi ketika pemain itu berusia 16 tahun. - AGENSI