Pemenang dua kali gelaran Liga Perdana, dua trofi Piala Liga dan Piala FA sejak berpindah ke Manchester dari Tottenham dilaporkan bernilai 50 juta pound (RM261 juta), dua tahun lalu.

“Saya teruja dapat menandatangani perjanjian baharu. Bermain bersama City adalah segala-galanya. Saya berharap akan ada lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Ia satu keputusan mudah. Saya mahu bersaing bagi merebut trofi dan beraksi di peringkat tertinggi. Saya berasakan persembahan saya semakin meningkat sebagai pemain sepanjang berada di sini.

“Visi kelab, baik di dalam dan di luar padang ternyata selari dengan wawasan saya. Saya tidak sabar untuk beraksi dalam tempoh lima tahun lagi di sini dan berharap dapat memenangi lebih banyak trofi,” kata Walker.

Bagaimanapun, kedudukan Walker dalam skuad bimbingan Pep Guardiola bakal berdepan ancaman, musim depan.

City dilaporkan semakin hampir untuk membawa masuk bek kanan, Joao Cancelo dari Juventus dengan yuran perpindahan bernilai di sekitar 45 juta pound (RM235 juta). - AFP