Jurucakap kelab penyokong pasukan Perak, Mohd. Shirin Adnan berkata, Ahmad Shahrul merupakan individu paling layak untuk menggantikan Hasnul Zulkarnain sebagai Presiden Pafa.

"Ini kerana Ahmad Shahrul faham mengenai sukan ini kerana pengalamannya sebagai seorang bekas pemain bola sepak.

"Lebih penting kami tidak mahu orang politik memimpin persatuan kerana ia hanya akan menghancurkan sukan bola sepak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa mengadakan perhimpunan yang disertai 200 penyokong bagi mendesak Hasnul Zulkarnain meletak jawatan di pekarangan Stadium Perak hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Mohamad Khairul Muzamir Mohd. Rudzlan berkata, perbuatan Hasnul Zulkarnain tidak menghormati Piala Malaysia yang dimenangi Perak baru-baru ini tidak boleh dimaafkan.

"Jika beliau enggan meletak jawatan, kami akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar," katanya. - UTUSAN ONLINE