Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] KFA senarai tiga calon ganti Cheng Hoe

Kedah berlepas 2
TAN Cheng Hoe melambaik sebelum berlepas ke Ipoh bagi perlawanan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dalam saingan suku akhir kedua Piala FA 2017 di perkarangan Stadium Darul Aman Alor Setar hari ini. - UTUSAN ONLINE/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 20 April - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sudah menyenaraikan tiga calon yang berpotensi untuk menggantikan Tan Cheng Hoe sebagai pengendali Lang Merah.

Tanpa mendedahkan nama jurulatih terbabit, Naib Presidennya, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, tiga individu tersebut kini sedang dinilai secara teliti oleh pihak pengurusan mengenai kemampuan mereka untuk meneruskan rentak cemerlang pasukan.

“Penelitian sedang dibuat dan setakat ini tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang ditawarkan untuk menjadi jurulatih Kedah.

“Ada dalam kalangan mereka yang namanya dicalonkan oleh Cheng Hoe sendiri. Mereka terdiri daripada jurulatih asing dan tempatan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir ke pekarangan Stadium Darul Aman bagi menyampaikan kata-kata semangat buat para pemain yang berangkat ke Ipoh untuk menentang PKNP FC dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA, malam esok. - UTUSAN ONLINE

Video oleh MOHD. RAFIE AZIMI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain