Karnival itu adalah anjuran bersama antara Kelab Bola Sepak Junior Bangi, Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Bangi dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Zon 23, Bangi.

Video oleh FAUZI SUHAIMI

Pengarah karnival berkenaan, Kamal Fakhri Ariffin berkata, penganjuran program tersebut bertujuan menyahut seruan kerajaan menerusi program Hari Sukan Negara yang disambut seluruh negara hari ini.

“Jadi, kami merangka program ini sebagai usaha menjayakan hasrat ini selain menyediakan ruang untuk melakukan aktiviti sukan pada hari cuti kepada masyarakat setempat.

“Melalui program ini, kami lihat sokongan masyarakat sangat memberangsang dan ia menyuntik semangat peserta untuk beraksi dengan bakat tersendiri,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE