Gabriel Jesus menyumbat gol ketiga City pada penghujung perlawanan, namun dinafikan oleh pengadil selepas VAR mendakwa bola terkena tangan Aymeric Laporte.

VAR dilihat tidak memberi kelebihan buat City pada awal permainan apabila Erik Lamela dilihat menarik Rodri ketika sepakan sudut.

Guardiola berang sewaktu merujuk kepada perbezaan itu sambil berjenaka sini menyatakan VAR sedang bercuti ketika insiden tersebut.

“Dalam babak pertama, penalti? Tanya kepada dua pengadil. Kemudian, pergi ke London dan tanya kepada VAR.

“Pergi ke London, tanya ketua besar. Saya bukan VAR. Mereka memberi contoh kepada pengurusan Liga Perdana Inggeris, itu yang saya nampak. Namun, apa boleh saya katakan?

“Ia penalti. Lamela menarik Rodri dan pastinya penalti. Mungkin ketika itu, VAR sedang minum kopi.

“Mengapa Fernando Llorente tidak dipersalahkan sewaktu bola terkena tangannya dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu tetapi hari ini ia dibatalkan? Mengapa?

“Menyedihkan kerana ia berlaku pada minit terakhir. Kami melaluinya ketika Liga Juara-Juara dan hari ini, dalam serangan terakhir, kami jaringkan gol. Namun, tanyalah kepada VAR,” kata Guardiola.-AGENSI