Difahamkan aksi penyokong Alaves itu adalah simbolik tanda protes berikutan perlawanan berkenaan ditukar kepada malam Isnin semata-mata untuk liputan siaran langsung.

Sejumlah penyokong juga memboikot aksi sepak mula perlawanan tersebut dengan memasuki stadium lewat lima minit.

Bukan itu sahaja, kain rentang ‘bersemadi dengan tenang bola sepak’ turut dipamerkan oleh penyokong kelab itu yang memakai pakaian berwarna hitam sambil mengusung keranda ke stadium.

Kemenangan Alaves itu membolehkan kelab berkenaan mendaki ke tangga keenam liga selepas 23 perlawanan berlangsung. - AGENSI