Meskipun masih manis dengan kejayaan menundukkan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) namun rentak cemerlang itu gagal diteruskan skuad kendalian Jose Mourinho dalam aksi kedua pusingan tersebut di laman sendiri.

Dalam aksi itu, jaringan hanya terhasil pada babak kedua iaitu menerusi dua jaringan penyerang gantian Wissam Ben Yedder yang meledak dua gol sekali gus membantu pasukannya layak ke peringkat suku akhir saingan berprestij Eropah tersebut.

Dalam aksi pertama yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan, menyaksikan aksi kedua ini menjadi penentu kepada kedua-dua pasukan namun United dilihat mempunyai kelebihan berbanding wakil Sepanyol itu kerana beraksi di laman sendiri.

Bagaimanapun jaringan Ben Yedder pada minit ke-74 dan 78 di Old Trafford telah mengecewakan tuan rumah walaupun berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi ledakan Romelu Lukaku pada minit ke-84 namun kebangkitan itu telah terlewat.- AFP