Pemain berusia 25 tahun itu antara potensi untuk menggantikan Romelu Lukaku yang telah menyertai Inter Milan bernilai 73 juta pound (RM376 juta).

Bercakap kepada media Sepanyol, Cadena Ser, Williams mengesahkan dia ada berbincang bersama United sebelum dia menandatangani kontrak sembilan tahun dengan gergasi Basque.

"Saya ada menghubungi Manchester United namun saya tidak boleh beritahu siapa orang itu.

"Pilihan utama saya sentiasa mahu kekal di Athletic Club dan bersara di sini. Menyertai Real Sociedad? Tidak, saya tidak akan ke sana. 100 peratus," katanya.

Bagaimanapun Williams tidak menunjukkan sebarang rasa kurang senang tentang masa depannya bersama Athletic Bilbao selepas menjadi salah seorang pemain menandatangani kontrak paling lama dalam sejarah bola sepak Eropah.

Dia hampir menyamai rekod kontrak yang pernah ditandatangani pemain sayap Brazil, Denilson pada 1998 bersama Real Betis selama 10 tahun.

Williams akan kekal bersama kelabnya hingga 2028 termasuk 125 juta pound (RM645 juta) klausa pelepasan.