Pada perlawanan tersebut United menang dengan agregat 3-2.

Penyerang berusia 35 tahun itu terpaksa dibawa keluar kerana mengalami kecederaan lutut kanan dalam perlawanan di Old Trafford malah United juga bakal kehilangan pertahanan tengah Marcos Rojo.

Pengurus United, Jose Mourinho berkata, dia ketika ini bersedia untuk menerima berita buruk berkaitan Ibrahimovic dan Rojo kerana kecederaan.

“Saya mahu menunggu namun perasaan saya dapat merasakan bakal mendapat berita buruk.

“Saya mahu terus menunggu dan saya cuba untuk menjadi optimistik namun saya tidak begitu,” kata Mourinho.

Pada perlawanan tersebut United berjaya bertahan dalam tambahan masa selepas jaringan Marcus Rashford minit ke-107, yang memastikan kemenangan tuan rumah selepas jaringan pembukaan Henrikh Mkhitaryan minit ke-10 disamakan pemain lawan Sofiane Hanni sewaktu minit ke-32.

Bagaimanapun kemenangan tersebut amat sukar untuk Mourinho kerana mungkin kehilangan dua pemain utamanya dalam misi memburu trofi Liga Europa yang masih belum menjadi koleksi kelab berkenaan. - AFP