Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ultras Malaya boikot

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Perlawanan akhir bola sepak lelaki di Stadium Shah Alam malam tadi berlangsung tanpa sorokan Ultras Malaya yang memulaukannya.

Ultras Malaya dalam kenyataannya di Facebook berkata, pemulauan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti kepada penyokong yang mereka dakwa menjadi mangsa kegagalan sistem penjualan tiket perlawanan tersebut.

“Ultras Malaya secara rasmi tidak akan memenuhi tempat duduk untuk perlawanan akhir malam ini sebagai tanda solidariti buat komrad dan juga penyokong lain yang datang dari jauh mahu pun dekat, yang telah bersusah payah, berhempas pulas untuk mendapatkan tiket tetapi tidak dapat memperolehnya kerana kelemahan sistem penjualan tiket daripada pihak penganjur.

“Kekalutan akibat kelemahan sistem penjualan sering berlaku baik dalam Liga Malaysia atau perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara bermain di separuh akhir atau perlawanan akhir.

“Sampai bila kita selaku penyokong kena hadap benda ini? Yang Berhormat sana sini sibuk dengan tiket percuma setiap kali berlangsungnya perlawanan peringkat separuh akhir, akhir atau perlawanan besar,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain