Pelantikan Tunku Syed Razman menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan yang melepaskan jawatan tersebut pada Jun lalu.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pemilihan Tunku Besar Tampin sebagai Presiden dipersetujui 22 ahli gabungan PBNS yang bersidang pada Kongres Tahunan Ke-86 PBNS, hari ini.

“Pencalonan Tunku Syed Razaman tidak ditentang mana-mana pihak dan bagi jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha Kerajaan negeri, Dr. Razali Ab Malik juga menang tanpa bertanding.

“Pengerusi Jawatankusa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani dilantik sebagai Naib Presiden PBNS di samping Datuk Mohammed Najeeb Abdullah dan S. Nadarajah,” katanya ketika berucap dalam Kongres Tahunan Ke-86 PBNS, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE