Baginda diiringi anakandanya, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.

Yang turut hadir, Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pertandingan bola sepak itu yang melibatkan pasukan mewakili setiap daerah di negeri ini dianjurkan sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz ke-71 tahun ini.

Dalam perlawanan itu, pasukan Daerah Seremban menewaskan Daerah Jelebu, 3-1. Gol Seremban dijaringkan oleh Mohammad Arif Azhar Mohd. Saari; Syed Aliff Imran Saiyed Jaafar dan Norfadzreen Zullisha Zolkapli manakala gol Jelebu dijaringkan oleh Mohamad Azim Hakimi.

Tuanku Muhriz kemudian berkenan menyampaikan hadiah piala dan wang tunai RM10,000 kepada Seremban dan piala dan wang tunai RM5,000 kepada Jelebu.

Baginda turut menyampaikan hadiah kepada pemain terbaik perlawanan akhir kepada pemain Seremban, Muadzam Hamdan dan penjaring terbanyak, Mohd. Aidil Muizzuddin Muhammad Lizza, juga dari pasukan yang sama.

Pasukan Seremban turut menerima hadiah sebagai pemenang fair play. - UTUSAN ONLINE