Pada perlawanan itu, tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi jaringan Chan Vathanaka seawal minit ke-10.

Lapan minit kemudian, penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias pula tewas selepas pemain import Helang Merah, Sandro Da Silva menyamakan kedudukan 1-1.

Pada minit ke-39, skuad kendalian Dollah Salleh itu kembali di depan apabila rembatan dari luar kotak penalti oleh pemain tengah, Muhammad Safuwan Baharudin menerjah masuk ke dalam gawang lawan.

Selepas empat minit bersambung perlawanan babak kedua, skuad Tok Gajah dihukum menerusi jaringan penyamaan Kedah sekali lagi oleh Da Silva sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil.

Keputusan itu memadam rekod dua kemenangan berturut-turut yang diraih Pahang ketika menewaskan Melaka United 2-0 dan Terengganu FC 3-1. - UTUSAN ONLINE