Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim mengejutkan tuan rumah apabila terlebih dahulu membolosi gawang pada minit ke-13 menerusi jaringan Ahmad Sukri Ab. Hamid.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah memperkemaskan rentak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-23 menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Pada babak kedua, Pahang lebih mendominasi perlawanan dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu lawan, namun usaha Tok Gajah untuk gagal mencari gol kemenangan sehingga wisel penamat ditiup pengadil, Zulkarnain Zakaria.

Kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi dalam separuh akhir kedua pada 1 Julai ini. - UTUSAN ONLINE