Dengan keputusan itu, Pahang dilihat memilih laluan berliku untuk menempuh aksi timbal balik di Larkin terutama bermain di hadapan penyokong fanatik Harimau Selatan.

JDT dilihat lebih mendominasi separuh masa pertama namun tetap gagal menjaringkan gol walaupun memiliki beberapa peluang keemasan.

Tok Gajah pula lebih menguasai separuh masa kedua namun tetap buntu mencari jaringan sehingga wisel penamat ditiup pengadil, Zulkarnaian Zakaria. - UTUSAN ONLINE