Dr. Amar Pritpal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap mendapat 17 undi sekaligus menewaskan ahli perniagaan, Datuk Seri Ho Kwee Cheng yang menerima 15 undi sempena Mesyuarat Agung Luar Biasa FAP sebentar tadi.

Sebelum ini, FAP hilang nakhoda apabila Datuk Tahir Jalaluddin Hussin melepaskan jawatan pada Mac lalu.

Dr. Amar Pritpal berkata, antara fokus utama beliau ialah menyelesaikan tunggakan gaji pemain skuad Liga Perdana selama empat bulan.

“Jumlah tunggakan ialah sebanyak RM700, 000 sebulan dan paling cepat, saya harap dapat selesaikan pada hujung bulan depan,” katanya di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE.