Penyerang berusia 33 tahun itu menyertai pasukan juara liga Itali tersebut bulan lepas setelah ditawarkan kontrak selama empat tahun bersama Juventus.

Dengan pemindahan itu, Ronaldo menamatkan karier cemerlang selama sembilan tahun di Sepanyol yang menyaksikan beliau membantu pasukannya untuk meriah dua gelaran juara La Liga dan empat piala Liga Juara.

“Ini satu keputusan yang mudah untuk dibuat. Apa yang telah dicapai di Madrid adalah perkara yang menakjubkan. Saya menangi semuanya; keluarga saya tinggal di sana. Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah,” kata Ronaldo kepada agensi berita sukan DAZN hari ini.

Ronaldo dibeli Juventus pada harga 100 juta Euro (RM474.8 juta).

Pada perlawanan pertamanya bersama Juventus pada Ahad lepas, Ronaldo telah berjaya memberikan kemenangan 3 -2 ke atas Chievo kepada pasukan baharunya itu. - RUETERS