Pada musim panas lalu PSG telah bersetuju untuk menebus klausa perpindahan Neymar di Barcelona yang bernilai 222 juta Euro (RM1.128 bilion) untuk membawanya keluar dari Camp Nou.

Bagaimanapun, Real Madrid dilaporkan berminat untuk membawa semula Neymar ke LaLiga pada akhir musim ini, membuatkan Motta membuat keputusan untuk mendedahkan kontrak di Parc Des Princes.

“Saya memberi jaminan bahawa tiada sebarang klausa perpindahan dalam kontrak Neymar bersama PSG.

“Jika dia menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak juga tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kontrak asalnya.” kata Motta kepada Radio Globo.

Semalam, Neymar mencipta sensasi dalam aksi Ligue 1 bertemu Dijon apabila meledakkan empat gol dalam kemenangan 8-0 PSG. - AGENSI