Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Thailand guna kuasa wanita berwajah cantik

DARI KIRI: Watanya Wongopasi, Kamonwan Wongvilai
DARI KIRI: Watanya Wongopasi, Kamonwan Wongvilai

Kuala lumpur 28 Ogos – memiliki rupa paras yang cantik sering kali membuatkan wajah Watanya Wongopasi mencuri perhatian lensa kamera dan sebaik sahaja mengetahui wanita itu merupakan pengurus pasukan bola sepak Thailand pasti menarik perhatian ramai.

Menceritakan pengalamannya sebagai pengurus pasukan, Watanya berkata dia tidak berdepan sebarang masalah ketika menjalankan tugasnya biarpun dikelilingi kaum Adam hampir setiap hari terutamanya pemain.

“Saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan keseluruhan pasukan dengan mencapai matlamat yang ditetapkan serta memastikan perjalanan kami untuk mencapai sasaran itu dilakukan.

“Saya tidak berdepan ma­salah untuk menjalankan tugas kerana saya lebih kepada pengurusan. Kami melakukan tugas secara berpasukan dan setiap orang ada kepakaran masing-masing serta tahu memberi keutamaan kepada tugas yang penting.

“Berdepan dengan pemain setiap hari juga tidak memberi masalah sebab saya menganggap mereka seperti adik dan adakalanya seperti anak saya sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sebuah hotel baru-baru ini.

Katanya, dia menerima so­kongan penuh daripada keluarganya untuk menceburi bidang sukan biarpun mempunyai ja­watan di sebuah stesen te­le­visyen di Thailand.

“Saya masih lagi memegang jawatan Pengarah Eksekutif Spring News dan pada masa sama saya pengurus pasukan. Kedua-dua kerja ini memerlukan kemahiran mengurus dan tiada bezanya apabila saya terjun ke bidang sukan,” katanya.

Watanya turut memberitahu neneknya merupakan rakyat Malaysia sebelum berkahwin dengan datuknya dan kemudian berpindah ke Thailand sejak sekian lama.

Sementara itu, Kamonwan Wongvilai yang merupakan pengurus pasukan futsal lelaki Thailand turut berkongsi pe­ngalaman yang sama dan selain mengurus pasukan dia juga bertindak sebagai pencetus suasana harmoni.

“Saya bukan sahaja memberi sokongan secara fizikal namun secara mental juga saya lakukan. Kem futsal kami sangat tegas daripada segi masa, taktikal dan segalanya seperti askar. Banyak peraturan yang ditetapkan oleh jurulatih kepada pemain jadi saya perlu menghidupkan suasana ceria dalam kalangan pemain,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain