Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendedahkan, perbincangan dengan syarikat swasta itu telah memasuki fasa terakhir dan majlis memeterai perjanjian akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, usaha tersebut diharap mampu memberi nafas kepada TRW supaya dapat bangkit kembali menjadi sebuah pasukan disegani selepas ini.

Ujarnya, seandainya semua berjalan lancar kantung kewangan Kafa yang sebelum ini tenat akan kembali pulih sekali gus memberikan kelegaan buat para pemain mengharungi Liga Perdana.

“Bagaimanapun, jumlah tajaan saya tidak dapat dedahkan kerana ia dibimbangi boleh menimbulkan impak tidak baik buat pasukan.

“Apa yang saya boleh katakan, jumlah tajaan yang akan dibawa masuk mampu untuk menampung perbelanjaan dan pengurusan Kelantan,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

 

Difahamkan sekitar 1993 lalu, pasukan Kelantan pernah diuruskan oleh sebuah syarikat swasta yang dikenali sebagai Ringgit Kreatif. - UTUSAN ONLINE