Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sukan SEA: PM bangga pencapaian skuad bola sepak

Sukan
N. Thanabalan (kiri) diraikan rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol ketiga Malaysia menentang Myanmar dalam perlawanan bolasepak sukan SEA ke-29 di Stadium Shah Alam di sini hari ini.-UTUSAN/ MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bangga dengan kejayaan skuad bawah 22 (B-22) negara menewaskan Myanmar 3-1 dalam aksi Kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam hari ini.

“Kita beroleh kemenangan yang ketiga! Hebat skuad bola sepak kita ! #BangkitBersama #Kebanggaanku #KL2017,” katanya menerusi status di Twitter hari ini.

Turut sama mengucapkan tahniah adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Tahniah atlet-atlet negara tambah pingat emas buat negara. Tahniah pasukan bola sepak menang 3-1. Ayuh Malaysiaku terus #BangkitBersama #KL2017,” katanya.

Dua jaringan pantas yang dicipta Malaysia sudah cukup untuk memastikan tiga mata menjadi milik negara apabila menundukkan Myanmar 3-1.

Kemenangan itu juga bermakna peluang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk merampas kedudukan pendahulu kumpulan yang ketika ini dipegang oleh Myanmar mampu dilakukan kerana Malaysia masih mempunyai baki satu perlawanan iaitu menentang Laos di venue yang sama pada Rabu ini manakala skuad kendalian Gerd Zeise sudah pun mengharungi empat perlawanan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain