Steinebrunner mengakui dia pastinya menjadi individu yang paling gembira seandainya Kafa mengemukan tawaran tersebut.

BOLA

Mohd Farisham Ismail (dua kiri) menjadi pemain paling senior dalam pasukan TRW 2019. - UTUSAN ONLINE/YATIMIN ABDULLAH

Menurutnya, bagaimanapun dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana individu yang dipilih oleh Kafa selepas ini untuk mengisi jawatan tersebut.

"Seperti yang anda semua lihat, saya di sini untuk menyokong Kelantan dan bersedia untuk mengikut arahan daripada pihak pengurusan Kafa.

"Jika saya boleh membawa kejayaan sebagai ketua jurulatih, itu sangat menggembirakan. Tetapi, jika ada individu lain diminta bersama saya untuk mencipta kejayaan, saya turut gembira," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Buat masa ini Steinebrunner bergandingan bersama penolong jurulatih Kamarudin Muhammad untuk melatih pasukan sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Perdana 2019.

LATIHAN

Barisan muda TRW giat menjalani latihan pra musim sebelum aksi Liga Perdana bermula 1 Febuari depan. - UTUSAN ONLINE/YATIMIN ABDULLAH

Utusan Malaysia pada 19 Disember lalu melaporkan, Kafa masih lagi mencari pengganti Yusri bagi mengemudi TRW untuk mengharungi saingan Liga Perdana 2019.

Jawatan itu kembali kosong, selepas bekas kapten Singa Utara itu memutuskan untuk mengubah angin bagi bersama Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super 2019. - UTUSAN ONLINE