Dua jaringan SSMP A diperoleh pada separuh masa pertama menerusi Muhd. Zachary Zahidadil dan Norfahmi M Zaki manakala Haykal Danish Haizon melengkapkan misi tiga mata dengan meledak gol ketiga pada minit ke-59.

Dalam aksi di Kuala Pilah, pengendali SMK Zaaba, Bahrom Tahir tampak resah dengan prestasi anak-anak didiknya selepas gagal meraih tiga mata susulan seri 2-2 dengan SMK Bukit Nenas.

“Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati dan akan berusaha lagi.

“Pemain perlu sedar di mana tahap persediaan dan corak permainan yang perlu ada bagi menghadapi saingan bawah 14 tahun,” kata Bahrom.

SMK Zaaba yang melayan kunjungan SMK Bukit Nenas memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila mendahului 2-0 pada babak pertama.

Safiq Arun Efendy membuka tirai jaringan pada minit 20, sebelum sepakan penalti yang disempurnakan Daniel Iman Ihtisyam Zakaria enam minit berselang meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Bagaimanapun, keadaan tampak genting buat tuan rumah apabila Muhd Fizuan Shakir memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk merapatkan jurang gol 1-2 pada minit 41.

Wan Alif Imran Wan Noor muncul wira SMK Bukit Nenas apabila menjaringkan gol penyamaan di penghujung perlawanan, sekali gus memastikan kedua dua pasukan berkongsi mata.

“Pada babak kedua, pemain lawan memberi tekanan dan tidak memberi ruang kepada kami untuk menguasai bola, namun kami berjaya bangkit dengan dua gol,” kata Ketua Jurulatih SMK Bukit Nenas, Asmawi Sulong. - UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN (bawah 14 tahun)

LIGA SUPER

SMK Zaaba 2 SMK Bukit Nenas 2

SMK Tabuan Jaya 0 SSMP ‘A’ 3

LIGA PERDANA

SSMP ‘B’ 4 SMK Seri Kota 0

SSMP B13 ‘B’ 2 SMK Tun Hussein Onn 4

SMK Anderson 1 SMK Putera 2

SSTMI ‘B’ 1 SMK Kem Terendak 0

SMK Datuk Peter Mojuntin 1 SMK Ibrahim Fikri 1