Perlawanan itu penting untuk mereka mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad kendalian Maurico Pochettino berada di tangga ketiga, mencipta tiga kemenangan daripada empat aksi terakhir liga membolehkan mereka mengumpul 70 mata berkelebihan tiga mata mengatasi Chelsea di tempat keempat manakala Arsenal ketinggalan empat mata di tangga kelima.

Manchester United pula berada di tangga keenam dengan 64 mata.

Jaringan lewat permainan Chrisian Eriksen menentang Brighton, Rabu lalu merupakan kali ketujuh Spurs menjaringkan gol kemenangan ketika permainan memasuki minit ke-80 dan ke atas dan itu membuktikan mereka mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Kami akan terus berjuang hingga minit terakhir. Kami ada peluang dan begitu juga dalam perlawanan yang lain, kami sepatutnya menjaringkan gol lebih awal sebelum membuatkan keadaan genting. Di hujung permainan, semuanya berkaitan dengan peluang yang anda cipta.

“Kami perlukan kemenangan dan kami melakukannya dengan kesabaran, cuba mencipta peluang daripada tidak melakukan apa-apa. Di hujung permainan kemenangan besar perlu dilakar,” kata pemain tengah Spurs, Christian Eriksen.

Spurs akan menerima kunjungan Ajax dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, Selasa ini sebelum berlepas ke Bournemouth pada 4 Mei dan menamatkan kempen liga di laman sendiri menentang Everton pada minggu berikutnya.

“Sebelum musim bermula kami mensasarkan untuk berada di separuh akhir Liga Juara-Juara dan di tempat di mana kami berada sekarang (dalam EPL).

“Sudah tentu kami suka dengan pencapaian ini namun di penghujungnnya anda perlu menang, kami sudah melakukannya dalam Liga Juara-Juara dan kami perlu buat perkara yang sama dalam liga untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan,” katanya. - AFP