Skuad kendalian Mark Hughes itu berada di tangga ketiga tercorot dan dipisahkan empat mata dengan Swansea yang berada di atas zon penyingkiran dan The Swans mempunyai baki satu perlawanan.

“Kami perlu tunggu hingga musim ini tamat untuk melihat sama ada masih ada ruang untuk kami. Kami perlu mendapatkan mata untuk keluar daripada zon penyingkiran dan kami perlu mengambil risiko dalam setiap perlawanan akan datang,” kata Hughes.

Keputusan seri itu juga membolehkan Leicester mengutip mata selepas tewas dua kali berturut-turut dalam aksi liga untuk kekal di tangga kelapan.

Dalam aksi tersebut, Leicester mempunyai dua peluang terbaik menerusi percubaan Riyad Mahrez, Kelechi Iheanacho dan Jamie Vardy bagaimanapun usaha mereka itu digagalkan oleh penjaga gol lawan, Alex McCarthy. - AGENSI