Solskjaer merupakan salah seorang penonton di Stadium Groupama yang menyaksikan Lyon menang 2-1 ke atas PSG.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu dibadai masalah besar selepas ketiadaan Marco Verratti sebagai tonggak di bahagian tengah ekoran kecederaan, termasuk kehilangan Neymar, yang turut akan diketepikan pada perlawanan menentang United Selasa depan.

“Sudah tentu satu aksi yang getir untuk bertemu Manchester. Untuk menumbangkan mereka, kami perlu berada dalam 110 peratus. Solskjaer mungkin meninggalkan stadium dengan gembira selepas kami tewas,” ujar Silva kepada L’Equipe, hari ini.

PSG masih mengungguli carta Ligue 1 dengan pungutan 56 mata daripada 21 perlawanan, berkelebihan 10 mata di depan tempat kedua Lille, yang masih berhutang dua perlawanan.- REUTERS