Katanya walaupun kini menduduki tangga keenam, namun skuad Rusa masih boleh memperbaiki kedudukkan jika segala kelemahan dapat diatasi jurulatih, Mohd. Zan Mat Aris.

“Saya telah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri untuk melihat perkara itu. Selepas menduduki senarai tercorot pada Liga Super musim lepas, kita cuba membentuk sebuah pasukan yang lengkap pada tahun ini, dan kita masih dalam proses pembaharuan tersebut.

“Oleh itu, tahun ini kita anggap adalah tahun pembaharuan, dan kita tidak meletakkan apa-apa sasaran. Bagaimana pun, kalau kita mendapat satu piala tahun ini, itu merupakan satu bonus,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Aminuddin selain prestasi pemain, beliau juga berpuas hati dengan pengurusan pasukan dan berharap pasukan itu akan dapat mempamerkan permainan lebih baik di masa hadapan.

Dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi, Terengganu FC II (TFC II) menewaskan Negeri Sembilan 1-0. - BERNAMA