Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Skuad B-22 negara berlatih seperti biasa

Ong Kim Swee tetap memastikan anak-anak buahnya mendapat  latihan
Ong Kim Swee tetap memastikan anak-anak buahnya mendapat latihan sebagaimana biasa sebelum menghadapi cabaran Piala AFC B-23 di Bangkok dari 19 hingga 23 Julai ini.

KUALA LUMPUR 15 Julai – Jurulatih skuad projek Sukan SEA 2017, Datuk Ong Kim Swee mendedahkan beliau tidak menghadapi sebarang tekanan bagi mengharungi kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) di Bangkok yang bakal berlangsung pada 19 hingga 23 Julai ini.

Jelasnya, segala persiapan dilakukan seperti biasa dan pengendali dari Melaka itu memberitahu hanya tiga pemain sahaja akan menyertai skuad bawah 22 (B-22) negara selepas selesai beraksi bersama pasukan masing-masing dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Pemain PKNP FC, Syazwan (Zaipol Bahari) sudah kembali bersama pasukan pada hari ini namun sudah tentu dia tidak boleh menjalani latihan bersama kami kerana semalam dia beraksi selama 90 minit (menentang Johor Darul Ta’zim II dalam aksi Liga Perdana).

“Dua pemain dari Sarawak (Tommy Mawat Bada dan Nur Shamie Iszuan Amin) akan tiba bersama pasukan selepas aksi liga malam ini dan mereka hanya bersama kami esok. Tiga pemain ini sahaja yang balik bersama pasukan masing-masing. Farhan Roslan masih lagi cedera dan dia menjalani sesi pemulihan bersama Kedah.

“Bagi saya tiada tekanan dan tekanan hanya datang pada hari perlawanan kerana itu lebih penting di mana kami perlu fikirkan apa yang patut dilakukan,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain