Insiden tersebut berlaku sewaktu pemain kebangsaan Algeria Riyad Mahrez membuat hantaran pendek melepasi pertahanan Fleetwood, untuk penyerang Leicester Kelechi Iheanacho menjaringkan gol, sebeum ia dibatalkan ekoran ofsaid.

Bagaimanapun, pembatalan tersebut dianalisis oleh penolong VAR, Mike Jones sebelum mengubah keputusan itu, apabila video ulangan menunjukkan pemain Nigeria Iheanacho hanya bersebelahan dengan pertahanan Fleetwood, dan pengadil Jon Moss mengesahkan jaringan berkenaan.

“Saya tidak tahu sama ada saya ofsaid atau sebaliknya namun saya bersetuju sepenuhnya bahawa saya onsaid.

“Saya hanya menumpukan perhatian untuk gol, saya tidak fikir kedudukan saya pada waktu itu. Namun Riyad beri tahu saya dalam situasi onsaid.

“Kemudian, kami hanya tunggu untuk melihat apakah keputusan yang akan kami terima,” katanya.

Sistem VAR pertama kali digunakan di England awal bulan ini untuk pertandingan pusingan ketiga Piala FA dalam pertembungan antara Brighton dengan Crystal Palace dan separuh akhir pertama Piala Liga melibatkan pertemuan Chelsea dan Arsenal.

Bagaimanapun, ia merupakan insiden pertama yang menyaksikan keputusan diubah.

“Dia (Kelechi) dapat menjaringkan gol dan ia sekali gus menunjukkan bahawa VAR berfungsi dengan baik,” kata penyerang Leicester Jamie Vardy.

Gol pembukaan skuad Foxes juga disumbang oleh bekas pemain Manchester City Iheanacho pada minit ke-43 selepas memanfaatkan hantaran pendek slam Slimani dalam aksi yang berlangsung di Stadium King Power itu.- AFP