Sepanjang cuti berkenaan, skuad bimbingan Pep Guardiola akan berdepan beberapa tugasan penting lain antaranya aksi Piala FA menentang Newport Country, saingan Liga Juara-Juara bertemu Schalke dan Piala Carabao sebelum kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris.

Sebelum City dijadual menentang Chelsea pada 24 Februari ini, pencabar terdekat mereka Liverpool akan bertemu United yang telah memenangi 10 daripada 11 perlawanan di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

“Sudah tentu ia akan menjadi lebih baik buat kami andai Liverpool kehilangan mata.

“Bagaimanapun, kami semua telah diingatkan agar fokus dengan tugasan masing-masing.

“Jika kami tidak mahu memenangi perlawanan maka tidak kisah untuk melakukan apa sahaja tetapi penting kini adalah untuk melakukan yang terbaik,” kata Silva. - AGENSI