Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Shaari sedia tarik diri?

Shaari Hassan
Shaari Hassan

KOTA BHARU 13 Sept – Persaingan jawatan nombor satu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semakin menarik apabila Pengarah Urusan Syarikat Chengal Jati Sdn. Bhd., Datuk Ir. Shaari Hassan memberi bayangan sedia menarik diri daripada bertan­ding merebut ‘kerusi panas’ itu pada 17 September ini.

Tanpa berselindung, Shaari berkata, beliau bagaimanapun sedia mempertimbang untuk bertanding jawatan lain dan perkara tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat.

"Jawatan ini bukan untuk popular tetapi ia adalah tanggungjawab besar khususnya kepada penyo­kong setia bola sepak Kelantan yang mahu melihat pasukan ini digeruni.

"Kita pernah merasai kejuaraan berganda dan menjadi kilang pengeluar pemain terbaik negara semasa diterajui Tan Sri Annuar Musa. Justeru itu, saya berpendapat KAFA perlu diterajui mereka yang layak untuk mengembalikan maruah pasukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bayangan penarikan diri Shaari itu bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Pengurus Desa Murni Batik, Bibi Ramjani Ilias Khan memandangkan Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail turut dikatakan mahu menarik diri.

Selain jawatan Presiden, Shaari turut dicalonkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam kongres pemilihan kali ke-63 KAFA yang bakal berlangsung di Dewan Sri Duyung Perdana Reasort, di sini Ahad depan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain