Sabtu lalu Liverpool tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris kepada City dan kekecewaan itu masih lagi dirasai apabila skuad bimbingan Jurgen Klopp sekali lagi dilihat masih bergelut untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan menentang Sevilla.

Ini juga adalah penampilan kedua The Reds bagi tempoh lapan tahun dalam kancah Liga Juara-Juara dan pada aksi pagi tadi, mereka mencipta banyak peluang, namun gagal memanfaatkannya dengan baik.

Gol awal perlawanan dijaringkan oleh pemain Sevilla sewaktu minit kelima menerusi Wissam Ben Yedder sebelum Liverpool dapat menjarakkan kedudukan dengan dua gol daripada Roberto Firmino minit ke-21 dan Mohamed Salah minit ke-37.

Bagaimanapun, penguasaan Liverpool di laman sendiri tidak kekal lama apabila pasukan pelawat dapat menyamakan kedudukan menerusi Joaquin Correa minit ke-72. - AGENSI