Pengendalinya, Omar Ali yakin kesebelasan anak didiknya mampu merealisasikan misi kemenangan yang diharapkan sekali gus menamatkan kemarau trofi hampir sedekad lamanya.

Bagaimanapun, dia tidak mahu pemain mengambil mudah terhadap aksi timbal balik itu biar pun mempunyai bekalan selesa dua gol hasil kejayaan menumpaskan skuad Penyu 2-0 dalam aksi final pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat lalu.

“Kami mengambil pendekatan untuk bermain seperti mana aksi pertama di Selayang.

“Saya juga mahu perlawanan ini berakhir dalam tempoh 90 minit saja,” katanya dalam sidang akhbar perlawanan akhir kedua di Bilik Mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini petang ini.

Kali terakhir Selangor menjuarai Piala Presiden pada 2008 selepas menumpaskan Perak 1-0.

Sementara itu, pengendali Terengganu, Mustafa Kamal Abdul Wahad tetap optimis pasukannya mampu mengatasi defisit dua gol yang dimiliki Selangor.

“Pemain sudah bersedia untuk aksi malam esok dan diharapkan kehadiran semula tonggak pasukan, Mohd Ridzuan Mohd. Razali yang tidak beraksi dalam perlawanan pertama akibat mengutip dua kad kuning mampu menambah sengat jentera serangan pasukan,” katanya. - UTUSAN ONLINE