Sergio Aguero meledakkan hatrik, sekali gus, memboleh­kan City mengatasi Liverpool untuk berada pada kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), berdasarkan kelebihan jaringan. Chelsea pula jatuh ke tangga keenam dan dengan kekalahan besar yang menimpa Blues, masa depan Sarri kini menjadi tanda tanya.

“Saya tidak tahu. Anda kena tanya kelab. Saya risaukan pa­sukan, begitu juga dengan prestasi mereka, namun, tugas saya sentiasa berada dalam bahaya,” kata Sarri ketika ditanya sama ada

MAURIZIO SARRI
MAURIZIO SARRI 

dia bimbang dipecat, meskipun memiliki kontrak selama tiga tahun di Stamford Bridge. Turut menyumbang gol ialah Raheem Sterling dan Ilkay Gundogan.

“Kami dibolosi selepas empat minit beraksi. Ketika itu kami cuba bertahan, namun, tidak berjaya. Kami melakukan banyak kesilapan. City bermain dengan cukup menakjubkan,” katanya.

Begitupun, rakan sejawatan, Pep Guardiola menggesa pengurusan tertinggi Chelsea agar kekal bertenang.

Bos City itu menghadapi kesu­karan ketika musim pertamanya bersama Citizens, tetapi, pengarah bola sepak kelab itu yang merupakan bekas rakan sepasukannya ketika di Barcelona, Txiki Begiristain sentiasa menaruh harapan kepadanya sebelum City menjuarai EPL, musim lalu, dengan rekod 100 mata.

“Saya juga berdepan kesukaran pada tahun pertama. Ada waktu kami bermain baik, namun, adakalanya tidak konsis­ten,” kata Guardiola. – AFP