Pemilik kelab itu, Roman Abramovich dikatakan telah membayar Conte sebanyak 9 juta pounds (RM48 juta) pampasan kepada jurulatih warga Itali itu untuk meninggalkan Chelsea.

Bukan itu sahaja, bekas penyerang Itali, Gianfranco Zola turut dikhabarkan akan menjadi pembantu Sarri menghadapi kempen musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Selain dua perubahan di peringkat kejurulatihan, Chelsea juga bakal mendapatkan dua pemain hebat daripada Juventus dan Napoli.

Pemain kebangsaan Argentina, Gonzalo Higuain daripada kelab Juventus dan pemain Itali, Jorginho daripada kelab Napoli antara nama-nama disebut bakal berada di Stamford Bridge. - AGENSI