Sarawak yang menamatkan saingan di tempat ke-11 Liga Premier, perlu bermain aksi playoff menentang pasukan naib juara Liga M3 untuk menentukan nasib mereka sama ada terus kekal di divisyen kedua atau tersingkir ke liga amatur (Liga M3) itu.

Sebagai rekod, Sarawak yang merupakan juara Liga Premier 2012, tersingkir dari Liga Super selepas menamatkan kempen di kedudukan ke-11 pada musim lepas.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Nurshamil Abd Ghani pada minit keenam, sebelum skuad Bujang Senang bangkit menyamakan kedudukan melalui Bobby Gonzalez pada minit ke-32.

Sarawak kemudian mengesahkan kemenangan menerusi jaringan kedua Bobby pada minit ke-61 dan pemain import dari Brazil, Hudson Dias de Jesus pada minit ke-75. - BERNAMA