Menurut terma kontrak sedia ada, kedua-dua pemain itu boleh pergi secara percuma pada hujung musim, namun selagi keputusan tidak dibuat masa depan mereka terus menimbulkan tanda tanya.

Jika tiada persetujuan dicapai sebelum pasaran perpindahan musim sejuk dibuka Januari depan, Wenger percaya, Arsenal perlu menjual pemain itu atau berdepan kerugian langsung tidak mendapat keuntungan.

“Dalam situasi sekarang, kami kena melihat setiap bentuk penyelesaian yang ada. Terdapat kemungkinan (mereka akan pergi pada pasaran perpindahan Janua­ri),” kata Wenger kepada media Britain.

Bagaimanapun Wenger menegaskan, kelab tidak meletakkan sebarang tarikh akhir bilakah keputusan harus dibuat.

Ejen Ozil, Erkut Sogut minggu ini berkata, rundingan dengan Arsenal ‘berjalan positif’ dan Wenger turut bersetuju dengan perkara itu.

“Daripada pemahaman saya, dia mahu kekal.

“Saya selalu berkata, seandai­nya kami gagal mencapai persetujuan tahun lalu itu tidak bermakna pemain tersebut akan meninggalkan kelab.

“Kedua-dua pemain gembira berada di sini dan saya harap situasi akan bertambah baik,” ujarnya. - AGENSI